suria

Khir Toyo Tiada sekatan saya berkempen

KOTA BAHARU: Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang berhasrat bertanding Ketua Pemuda Umno, berkata beliau tidak pernah disekat untuk bertemu mana-mana anggota parti sepanjang berkempen walaupun dua bakal calon lain mendakwa menghadapi masalah itu.

Beliau berkata kenyataan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin kononnya terdapat sekatan bagi mereka untuk bertemu anggota parti adalah andaian semata-mata.

"Mungkin apa yang mereka maksudkan sekatan itu ialah apabila ramai anggota Pemuda tidak hadir pada majlis tertentu.

"Kehadiran mereka sebenarnya mencerminkan sokongan, dan jika tidak hadir, itu terjemahan (juga)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di rumah pemangku Ketua Pemuda Umno Bachok Mohd Zaidi Sidik di sini malam tadi.

Mengenai agendanya, Mohamad Khir berkata jika beliau menang, perkara yang akan dilakukan adalah membantu kerajaan menangani kemiskinan tegar sepenuhnya pada 2010 selain memastikan Selangor akan kembali ke tangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Teresa saman Utusan RM30 juta

Artikel Berikut

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

Artikel Lain