Ku Li akui pernah temui kawan lama dari Pakatan Rakyat - Semasa | mStar

Ku Li akui pernah temui kawan lama dari Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden parti, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, beliau menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," kata beliau kepada wartawan The Star, Ian Mcintyre.

Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Laporan terbaru ini tidak menyebut bila beliau menemui pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

"Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi," katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.

"Saya tidak inginkan jawatan ataupun kuasa. Saya menawarkan kepimpinan bagi negara menghadapi cabaran ekonomi global semasa," kata Tengku Razaleigh yang turut mengecam pelan peralihan kuasa dalam Umno sekarang sebagai tidak demokratik.

Artikel Berikut

Mufti Perlis akan bersara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain