suria

Muhammad: Syor 2 jawatan ditandingi perlu ambil kira amalan kemasyarakatan

BANGI: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, cadangan untuk mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam parti perlu dibuat dengan berhati-hati mengikut perlembagaan dengan mengambil kira amalan kemasyarakatan.

Katanya, berdasarkan kepada contohcontoh besar yang lepas iaitu pada tahun 1981, 1987, 1997 dan 1998, apabila berlaku pertandingan, ia lebih menjurus kepada perpecahan.

"Jadi kita juga berhatihati. Bukan semua perlembagaan elok dari segi amalan kemasyarakatan. Perlembagaan adalah 'guideline', kemasyarakatan adalah satu yang lain.

"Sama ada masyarakat sudah bersedia, masyarakat boleh menerima dan bertaut balik.

"Oleh itu, kita kena memikir dengan masakmasak apabila kita membuat cadangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanakkanak Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAs) di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di sini hari ini.

Beliau berkata mengulas cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk kembali kepada cara lama iaitu dua jawatan tertinggi dalam parti Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti.

Bagaimanapun, Muhammad berkata cadangan yang dikemukakan oleh Rais itu adalah baik dan mengikut amalan sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Cadangan Rais itu molek dari segi perlembagaan tapi kadangkala tak berapa molek dari segi kemasyarakatan dan pelaksanaan. Kalau satusatu jawatan itu kosong, maka ia berbuka untuk pencalonan," katanya.

Dua jawatan tertinggi parti itu tidak dibenar dipertandingkan selepas persaingan yang meninggalkan kesan mendalam pada tahun 1981, 1987, 1997 dan 1998.

Pada tahun 1981, apabila jawatan Timbalan Presiden dipertandingkan antara Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah, ia telah menjurus kepada pembahagian dua kumpulan sementara pada 1987, apabila penyandang Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar Tengku Razaleigh, menyaksikan sekali lagi parti berpecah.

Tengku Razaleigh selepas itu menubuhkan parti Semangat 46 yang turut disertai beberapa anggota utama parti termasuk Rais, namun mereka kembali semula ke pangkuan Umno pada 1996.

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998 pula menyaksikan Anwar menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata seramai 350 orang guru tadika akan menamatkan pengajian di peringkat diploma di Maktab Perguruan seluruh negara pada Jun tahun depan.

Guru-guru itu adalah graduan sulung yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan pendidikan di kalangan guru-guru Tadika dan Taska.

Pada majlis hari ini, seramai 345 orang pelatih dari lima buah Institusi/Pusat Latihan KEMAS di seluruh negara menerima Sijil Pendidikan Awal Kanakkanak setelah enam bulan menjalani kursus terbabit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain