suria

Isu makanan: Teresa perlu mohon maaf

MELAKA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu meminta maaf kepada kerajaan berhubung kenyataan beliau mengenai makanannya di lokap sewaktu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenyataan Teresa yang menyamakan makanan seperti makanan anjing telah menjejaskan nama baik negara.

"Kenyataan Teresa itu bersifat biadap dan perlu diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Teresa telah membuat tuduhan yang tidak benar ke atas kerajaan.

"Pihak pusat tahanan ISA juga perlu membuat saman malu ke atas Teresa," katanya.

Beliau berkata, atas alasan apa sekalipun, kenyataan Teresa itu tidak boleh diterima dan perlu diambil tindakan ke atas Ahli Parlimen DAP itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain