suria

Kes baharu Covid-19 meningkat 12,735 kes, Sarawak kekal tertinggi

JUMLAH kes harian Covid-19 makin bertambah, merekodkan 2,735 kes pada Khamis.

KES positif baharu Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 12,735 kes pada Khamis berbanding 12,434 kes pada Rabu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes bertambah kepada 2,245,695 kes kes setakat ini.

Perkembangan terbaharu ini menyaksikan lima negeri masih mencatatkan jumlah kes empat angka dengan Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi 2,487 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara Covid-19, lelaki ini bertahan hidup hanya dengan RM37.50 sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkan pendidikan, Mawar Rashid hantar anak dua tahun ke tadika - “Usia itu bukan lagi kecil, dia dah mula belajar macam-macam”

Empat lagi negeri yang mencatatkan kes melebihi satu ribu adalah Selangor dengan 1,940 kes diikuti Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Sabah pula merekodkan 993 kes baharu disusuli Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194) dan Negeri Sembilan (132).

Tiga negeri merekodkan angka dua digit, Perlis 97 kes, Putrajaya (28) manakala Labuan (1).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid, kkm, kes harian

Artikel Lain