suria

13,754 kes Covid-19, Selangor masih tertinggi

PUTRAJAYA dan Labuan masing-masing mencatatkan 14 dan 8 kes pada Khamis. — The Star

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini semakin menurun apabila merekodkan 13,754 kes baharu, menjadikan keseluruhan 2,156,678 kes setakat Khamis.

Jumlah itu dilihat menurun berbanding 14,990 kes yang direkodkan pada Rabu.

Selangor muncul dengan kes harian tertinggi iaitu 1,985 jangkitan baharu.

Ia diikuti dengan Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Selain itu, Pahang dengan 869 kes, Perak (844), Kedah (784),Terengganu (664),Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113).

Putrajaya dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 14 dan 8 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 15 kluster baharu telah dikesan dan menjadikan keseluruhan 5,369 kluster setakat ini.

Daripada jumlah itu, katanya, 4,101 kluster telah tamat manakala 1,268 lagi masih aktif.

Katanya, sebanyak 16,628 kes sembuh pada Khamis, menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 1,933,716 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,107 kes, manakala 613 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, KKM, kes baharu

Artikel Lain