suria

8,077 calon duduki SPM Ulangan mulai 21 September

1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara. — The Star

SERAMAI 8,077 calon mendaftar untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2021 akan menduduki peperiksaan berkenaan bermula 21 hingga 23 September ini.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, seramai 1,568 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPMU 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

LP mengingatkan semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung dengan memuat turun jadual waktu peperiksaan di portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam, yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang terkini dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

LP berkata, calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 dengan memuat turun garis panduan itu di portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

SPMU, peperiksaan, LP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain