suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20,889 kes Covid-19 hari ini

Jangkitan harian Covid-19 pada 6 Ogos cecah 20,889 kes.

SEBANYAK 20,889 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, sekaligus menjadi angka tertinggi sejak pandemik dikesan di negara ini.

Sebelum ini, angka kes paling tinggi pernah direkodkan negara ialah 20,596 kes pada 5 Ogos.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,224,595 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cecah angka 20,000! Malaysia catat 20,956 kes Covid-19

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur (2,483), Kedah (1,371) dan Sabah (1,291).

Menurut Kemneterian Kesihatan Malaysia (KKM), 160 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10,179 kes.

Sehingga hari ini, 16,394 kes telah pulih dan menjadikan 993,020 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,096 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 545 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, wabak, kes tertinggi

Artikel Lain