suria

Kes baharu Covid-19 makin menurun, catat 14,954 kes

WILAYAH Persekutuan Labuan catat sifar kes pada Ahad. — The Star

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini semakin menurun apabila merekodkan 14,954 kes baharu, menjadikan keseluruhan 2,097,830 kes setakat Ahad.

Jumlah itu dilihat menurun berbanding 15,549 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,707 jangkitan baharu. Ia diikuti dengan Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420) dan Sabah (1,356).

Selain itu, Pulau Pinang dengan 1,259 kes, Perak (1,222), Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207) Negeri Sembilan (144), dan Perlis (76).

Putrajaya dan Labuan pula masing-masing mencatatkan 19 dan 0 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19 baharu telah dikesan dan menjadikan keseluruhan 5,282 kluster setakat ini.

"Daripada jumlah itu, 3,934 kluster telah tamat manakala 1,348 lagi masih aktif," katanya.

Katanya, sebanyak 23,469 kes sembuh pada Ahad, menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 1,863,922 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,194 kes, manakala 665 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

semasa, covid-19, kkm, kes harian,

Artikel Lain