UIA Menang 26 Anugerah Di Persidangan BioMalaysia - Kampus | mStar

UIA Menang 26 Anugerah Di Persidangan BioMalaysia

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memenangi 26 hadiah pada Persidangan BioMalaysia selama dua hari berakhir semalam.

Dalam persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, UIAM memenangi tujuh pingat emas, lapan perak dan 11 gangsa, demikian menurut satu kenyataan UIAM di sini Khamis.

Prof Madya Dr Zahangir Alam dari Kulliyyah Kejuruteraan pula dinamakan pemenang Anugerah Paling Inovatif.

UIAM diwakili 15 penyelidik yang mengemukakan 29 ciptaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Peperiksaan Akhir UUM Ditangguh Akibat Banjir

Artikel Berikut

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?