Ayam kurma navratan - Jamu Selera | mStar

Ayam kurma navratan

HIDANGAN ayam kurma sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato mahupun nasi putih bersama jelatah. Untuk menampilkan kelainan pada hidangan tersebut, apa kata cuba resipi ayam kurma navratan yang menjadi menu berbuka puasa di Hotel VE. Sesuai dihidangkan untuk anak-anak kecil dan anda yang tidak gemar makanan pedas.

Bahan-bahan:

1 kg Ayam yang telah siap dipotong

80 gram bawang merah yang dikisar

60 gram pes  halia

60 gram pes bawang putih

1/2 batang kulit kayu manis

30 gram lada burung dikisar

50 gram serbuk kurma

30 gram serbuk ketumbar

10 gram serbuk kunyit

60 ml krim masakan

Cara penyediaan:

1) Mula-mula, bersihkan potongan ayam sehingga bersih dan letakkan ketepi dahulu.

2) Kemudian, tumiskan kisaran bawang merah, halia dan pes bawang putih, kulit kayu manis, serbuk ketumbar, serbuk kurma, serbuk kunyit dan lada burung sehingga wangi.

3) Masukkan ayam dan gaul sebati.

4) Selepas itu, masukkan krim masakan dan perlahankan api dapur.

5) Perasakan dan jika sudah masak sempurna, boleh dihidangkan terus.

*Kredit: Hotel VE

ayam kurma navratan

Artikel Sebelum

Perut masak lemak cili api, rebung muda

Artikel Berikut

Asam pedas ekor & bendi

Artikel Lain