suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spageti

Spageti
SEKALI sekali bertukar selera kepada makanan barat apa salahnya. Jika tidak menikmati hidangan itu di restoran, boleh saja dimasak sendiri, terutama jika bahannya mudah didapati di pasar raya.

Bagi si ibu yang mahu memastikan anak-anak lebih bersemangat untuk menamatkan ibadah puasa seharian, apa kata disediakan spageti untuk mereka.


Spageti 

Bahan:
1 bungkus spageti (direbus dengan minyak dan ditoskan)
1 tin sos spageti tradisional/cendawan
2 tin cendawan butang dalam tin/sepaket cendawan segar
sayuran campur
1 tin herba keju
bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
daging/ayam cincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar lada hitam
1 biji tomato - dipotong dadu
1 susu minyak masak
garam, gula

Cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kisar,bawang besar dan bawang putih dan masukkan daging atau ayam cicang. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biar mendidih masukkan sos spageti, garam, gula, lada hitam. Seterusnya masukkan cendawan, sayuran campur dan keju. Perasakan sebelum dihidangkan.
Spageti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gulai Batang Pisang

Artikel Lain