suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masak Lemak Ikan Masin Nenas

Masak Lemak Ikan Masin Nenas
IKAN masin memang dapat menaikkan selera makan, inikan pula jika dimasak bersama nenas yang rasanya masam-masam manis.

Bagi yang mahu memastikan yang tersayang makan dengan berselera, apa lagi, cubalah resipi ringkat yang disediakan ini.


Masak Lemak Ikan Masin Nenas


Bahan:
300 gram ikan talang masin (ikan masin lain juga boleh) - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan - gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai - dititik
serbuk kunyit secukupnya
garam / gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
10 biji cili padi
1 labu bawang besar

Cara:
Masukkan santan cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk. Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu. Tuangkan santan pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.

Artikel Sebelum

Gulai Batang Pisang

Artikel Berikut

Dendeng Berlada

Artikel Lain