suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dendeng Berlada

DENDENG berlada adalah masakan khas Sumatera Barat dibuat dari hirisan daging lembu yang nipis dan lebar yang digoreng kering. 

Bagi penggemar masakan minang, dendeng berlada pastinya bermain di fikiran untuk menu berbuka puasa anda. 

Anda boleh mencuba masakan ini yang rasanya sedikit pedas dan dagingnya rangup dimakan untuk menukar selera harian keluarga.


Bahan-bahan:

1kg daging

10 tangkai cili merah

1 inci halia

5 biji bawang putih

Sedikit ketumbar

2 ulas bawang besar

1 biji limau

Garam 

Sedikit minyak masak


Cara membuatnya:

Rebus daging seketika. Kemudian, hiris nipis lalu tumbuk dan goreng sampai garing.

Kisar cili merah, halia, bawang putih, ketumbar, bawang besar.

Tumiskan bahan-bahan kisar dan perahkan asam limau. Masukkan cili kisar lalu tumis sampai naik bau.

Setelah itu, perasakan dengan garam dan masukkan daging yang digoreng garing. Gaul sampai rata.

Angkat dan hidang.

dendeng berlada, masakan minang

Artikel Sebelum

Kuih Lapis

Artikel Berikut

Artikel Lain