suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuih Lapis

Kuih Lapis
KEBIASAANNYA pada bulan puasa, setiap kali melihat kuih berwarna warni pasti akan rasa terliur, mungkin kerana menahan lapar dan dahaga seharian menjalani ibadah itu.

Namun, kadang kala keindahan kuih pada warnanya tidak menjamin keenakannya. Jadi, apa kata anda mencuba sendiri resipi istimewa ini untuk juadah berbuka puasa nanti.


Kuih Lapis

Bahan:
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula 
4 cawan santan (jika santan kotak guna 2 cawan santan bercampur 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
sedikit pewarna 

Cara:
Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan kisar supaya sebati. Tapiskan adunan tersebut. Bahagikan adunan kepada dua dan letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang. Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10 minit. Seterusnya letak adunan lain. Kukus selama 3 hingga 5 minit. Buat sampai adunan habis. Lapisan terakhir dikukus selama 20 minit sehingga semua adunan masak. Tunggu kuih sejuk baharu dipotong.
kuih lapis

Artikel Sebelum

Gulai Batang Pisang

Artikel Berikut

Dendeng Berlada

Artikel Lain