suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murtabak Mini

Mini Murtabak
MURTABAK adalah antara makanan yang popular setiap kali tibanya Ramadan, terutama di utara tanahair.

Semua golongan meminatinya, termasuk murtabak mini yang dijual di bazar Ramadan atau pasar malam kerana keenakan serta baunya cukup menyelerakan. 

Apa kata jika anda sendiri cuba membuat murtabak mini yang menjadi pembuka selera untuk dinikmati bersama keluarga.

Murtabak Mini

Bahan:
Minyak masak
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu makan rempah kari (bancuh dengan air)
500 gm isi ayam
Sebiji ubi kentang (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
Sebiji bawang besar (potong dadu)
2 biji telur (pukul)
Kulit popia secukupnya

Caranya:
Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah kari sehingga naik baunya. Setelah naik baunya, masukkan isi ayam, kacau rata, kemudian masukkan ubi kentang, garam, gula dan air, biarkan sehinga mendidih. Bila hampir mendidih, kacau seketika, selepas itu masukkan bawang besar, tutup api, masukkan telur kacau mesra dan biarkan sehingga telur separuh masak.

Seterusnya, ratakan kulit popia dan letakkan sesudu ramuan tadi ditengahnya, sapu telur dibahagian kulit popia sebelum dilipat. Setelah selesai, bakar atas kuali yang berminyak, sehingga masak sebelum dihidang untuk dinikmati.
murtabak mini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ayam Padang

Artikel Lain