suria

Aneka Selera Bufet Ramadan Di Kelab Darul Ehsan

Kelab Darul Ehsan menyediakan pelbagai hidangan untuk pelanggan bufet Ramadan tahun ini.
APABILA tibanya Ramadan, Kelab Darul Ehsan (KDE) juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai hidangan menarik untuk pengunjung berbuka puasa di Restoran Duyong.


Promosi bufet bertemakan 'Aneka Selera Bufet Ramadan' membolehkan pengunjung menikmati masakan kampung seperti Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Ketam Goreng dan Sotong Goreng.

KDE turut menyediakan hidangan kambing panggang, ayam bakar dan ikan bakar yang sedap dimakan bersama kuah asamnya pada setiap hujung minggu.

Bagi melengkapkan hidangan berbuka puasa, terdapat juga hidangan kegemaran ramai iaitu cempedak goreng, sukun goreng dan kuih-muih melayu.

Untuk penggemar pencuci mulut pula, jangan lupa menikmati hidangan dari dapur pastri KDE seperti puding mangga, fruits tartlet, kek kacang hazel, air batu campur (ABC) dan juga pulut durian sebagai penutup hidangan berbuka puasa.

Pengunjung juga dapat menonton persembahan kumpulan muzik ghazal secara live, di samping menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

KDE juga menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan percuma dan juga surau untuk pengunjung menunaikan solat.

Promosi bufet di KDE yang bermula pada 29 Jun lalu hingga 26 Julai ini berharga RM 68 bagi dewasa manakala  bersih RM35 untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun.

Bagi yang ingin berbuka puasa di KDE, bolehlah mendapatkan baucar promosi bufet Ramadan dengan mengunjungi Restoran Duyong di Kelab Darul Ehsan (KDE) yang beralamat di Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, Selangor atau hubungi Restoran Duyong di talian 03-4251 1471/03-4257 2333.

Kelab Darul Ehsan, bufet

Artikel Sebelum

Sup Labu Air

Artikel Berikut

Murtabak Mini

Artikel Lain