SEORANG bayi berusia tiga bulan didapati mempunyai dadah dalam tubuhnya, dipercayai akibat menyusu daripada ibunya yang mengambil bahan terlarang.
Hal ini terbongkar selepas pihak berkuasa menyiasat sepasang suami isteri yang mengambil methamphetamine dan ganja.
Aduan tentang pasangan itu dibuat memandangkan mereka baru sahaja menimang cahaya mata.
Siasatan mendapati pasangan itu turut menghisap vape di rumah mereka, walaupun si isteri baru sahaja bersalin dan sedang menyusu badan.
Ujian air kencing mengesahkan kehadiran dadah dalam tubuh suami isteri berkenaan.
Peralatan berkaitan dadah serta ganja turut ditemui di kediaman mereka.
Susulan serbuan itu, pasangan tersebut bersama bayi mereka dibawa ke Hospital Nang Rong untuk pemeriksaan lanjut.
Ujian hospital turut mengesahkan kehadiran dadah dalam tubuh bayi itu, berkemungkinan besar berpunca daripada susu ibu.
Sebagai langkah segera, ibu tersebut dilarang menyusukan bayinya sehingga dia berhenti sepenuhnya daripada mengambil dadah.
Usaha sedang dijalankan untuk menyediakan program pemulihan kepada pasangan dari di daerah Nang Rong, wilayah Buriram, Thailand itu. - Agensi.


