suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat dua beranak ditemukan dalam tangki air, ada kesan luka pada tubuh

Mayat dua beranak ditemukan dalam tangki air di rumah mereka di Tambora. -Foto Tribunnews

MAYAT dua individu dipercayai ibu dan anaknya, ditemukan dalam tangki air di dalam rumah mereka, pada awal pagi Jumaat.

Menurut polis, hasil pemeriksaan awal, mayat kedua beranak yang ditemukan sekitar pukul 1.30 pagi itu mempunyai kesan luka pada tubuh badan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tambora, Jakarta Barat, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, AKBP Arfan Zulkan mengesahkan penemuan mayat berkenaan sambil menambah, kedua-dua mangsa berusia 59 tahun dan 35 tahun.

Ujarnya, polis percaya kedua-duanya dibunuh dan buat masa ini, polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Polis Kramatjati untuk tujuan bedah siasat.

Zulkan berkata, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Agensi 

Artikel Lain