suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terjun sungai sebab terlalu gembira, juara perlumbaan bot mati lemas ketika rai kemenangan

Mangsa maut selepas dia terjun ke dalam sungai untuk meraikan kemenangan pasukannya.

MALANG tidak berbau.

Tindakan seorang lelaki berusia 54 tahun yang terjun ke dalam sungai bertugar tragedi apabila dia ditemukan mati lemas pada Ahad.

Mangsa, Smithinan Dechachotthanasit, yang berasal dari wilayah Buriram, Thailand, bertindak terjun ke dalam sungai selepas pasukannya dinobatkan sebagai juara dalam sebuah pertandingan lumba bot.

Menurut rakan-rakan, mangsa bertindak terjun ke dalam sungai kerana terlalu gembira dan dia mahu meraikan kemenangan pasukannya.

Perlumbaan bot itu berlangsung di sepanjang Sungai Chakkarat, Phimai, di wilayah Nakhon Ratchasima.

Ketika kejadian, rakan-rakan sepasukan cuba menyelamatkannya, termasuklah dengan memberi bantuan pernfasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal selepas dibawa ke Hospital Phimai, Smithinan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain