suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita batal kahwin kerana gurauan rakan, alami depresi dan kemurungan

Wanita ini menjadi murung kerana gurauan rakannya.

KATA-KATA boleh mengguris perasaan dan menggugat pendirian.

Begitulah kisahnya untuk seorang gadis di Jakarta, Indonesia apabila dia membatalkan perkahwinan pada saat akhir akibat gurauan seorang rakan.

Dua hari sebelum berkahwin, Ani mengalami masalah pemikiran melulu (overthinking) dan kemurungan teruk sehingga menjejaskan mentalnya ekoran gurauan rakannya.

Segalanya bermula ketika dia sedang pulang ke rumah bersama bakal suaminya dan mereka bertemu dengan seorang rakan.

Rakan Ani membuat gurauan bahawa bakal suaminya pernah dilihat menaiki motosikal bersama wanita lain.

Ternyata gurauan itu membuatkan Ani menjadi berantakan dan dia seterusnya membatalkan perkahwinannya.

Gadis berkenaan yang berasal Kudus, Jawa Tengah itu dikatakan mengalami kemurungan teruk dan hilang kewarasan akal sehingga terpaksa dijaga oleh keluarganya.

Video itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Belajarlah untuk menjaga kata-kata anda, kita tidak tahu sejauh mana pengaruh kata-kata kita terhadap kehidupan orang lain,” komen seorang netizen. - suara.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain