suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru ‘buli’ murid gara-gara bawa bekal ulat sagu ke sekolah

Murid berkenaan menunjukkan bekal berlaukkan ulat sagu yang dibawanya. -Gambar Tribunnews

TULAR sebuah video memaparkan tindakan seorang guru 'membuli' anak muridnya gara-gara membawa bekal makanan berlaukkan ulat sagu ke sekolah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram @undercover baru-baru ini, pada mulanya ia memaparkan suasana di dalam kelas sebelum kamera menyorot ke arah seorang murid.

Murid berkenaan diminta menunjukkan bekal makanan yang dibawanya.

"Ulat? Tahun 2023 tapi kenapa lauk masih ulat?" kata guru lelaki tersebut kepada murid itu dalam bahasa Jawa.

Bagaimanapun murid berkenaan hanya membalas kata-kata gurunya dengan senyuman.

Kedengaran beberapa pelajar lain mentertawakan murid tersebut.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah sekolah di Bojonegoro, Jawa Timur.

Ternyata video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen yang rata-ratanya melahirkan rasa kasihan terhadap murid tersebut.

"Tak baik bila cakap macam tu... cikgu pula tu.

"Tak mengapa... moga besar nanti kamu menjadi orang yang berjaya," demikian antara komen netizen. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain