suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Utara Israel bergegar, roket diaktifkan… Hamas sasar Haifa guna peluru berpandu jarak jauh rekaan China

Israel aktifkan siren roket selepas Haifa 'dihujani' peluru berpandu R160 Hamas. -Gambar AP

SIREN roket diaktifkan di utara Israel dan rakyat di wilayah itu diberitahu untuk mencari perlindungan selepas pesawat pejuang Hamas masuk dari Lubnan.

Ia berlaku ketika Hamas mendakwa mereka melepaskan peluru berpandu jarak jauh ke Haifa, sebuah bandar di utara Israel yang terletak 90 batu di utara Gaza.

Briged Qassam, sayap bersenjata kumpulan Islam Palestin mendakwa peluru berpandu yang digunakan dalam serangan ke atas bandar termasuk Baitulmaqdis itu adalah roket R160 iaitu roket rekaan China yang dibuat di Syria.

Sementara itu warga Israel diarah berlindung dengan Jerusalem Post mengatakan beberapa sasaran dilakukan dengan dron.

Penerbitan itu juga berkata terdapat laporan mengenai 'pejuang paraglider mendarat di utara Israel'. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain