suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak harga melampau ketika pelanggan datang baiki kereta, bengkel viral akhirnya musnah terbakar

Bengkel terbakar itu pernah tular gara-gara harga mahal.

SEBUAH bengkel di Indonesia yang pernah tular kerana mengenakan harga melampau kepada pelanggannya musnah dijilat api pada Rabu malam.

Menurut saksi, bengkel di Madang, Bogor itu terbakar kira-kira pukul 11 malam, dua jam selepas ia ditutup pada hari kejadian.

"Bengkel itu terbakar kira-kira pukul 11 ke 11.30 malam. Saya tak pasti waktu yang tepat. Apinya agak marak. Seram juga.

"Takut merebak ke tempat lain tapi Alhamdulullah penyelamat cepat sampai, jadi api tak sempat merebak. Cuma bengkel saja," ujar saksi.

Pasukan penyelamat berkata tiada korban jiwa berlaku dan kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas.

Untuk rekod, bengkel itu pernah tular pada Mei lalu kerana mengenakan harga mahal kepada seorang pelanggan yang datang untuk menukar minyak enjin. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain