suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Santai baring di atas bumbung penjara, rupanya banduan berseluar dalam merusuh

Seorang banduan melakukan protes dengan memanjat bumbung penjara tanpa berpakaian.

SEORANG banduan penjara telah naik ke bumbung HMP Frankland di County Durham dengan hanya berseluar dalam kerana merusuh.

Bagaimanapun, berlaku pergaduhan antara dia dengan polis yang cuba untuk membawanya turun.

Disebabkan itu, seorang perunding dihantar bagi memujuknya.

Pihak polis cuba berunding dengannya supaya dia dapat dibawa turun.

Pihak polis cuba berunding dengannya supaya dia dapat dibawa turun.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu disahkan Kementerian Kehakiman.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Penjara, kakitangannya berusaha untuk membawa banduan itu turun dengan selamat.

"Tiga pegawai polis dan perunding memakai peralatan perlindungan yang dipasang pada bumbung penjara bersama kabel semasa mereka bercakap dengan banduan terbabit.

"Pun begitu, banduan berkenaan berbaring secara santai di atas bangunan," katanya.

Banduan itu juga membawa besi sebagai senjata yang mungkin digunakan untuk kekerasan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

banduan, penjara, protes, banduan merusuh,

Artikel Lain