suria

Wanita buat ramalan guna asparagus... Yakin Croatia dan Brazil bertemu di pentas akhir Piala Dunia 2022

Jemima Packington mendakwa sebagai satu-satunya 'Asparamancer' di dunia

DULU sotong kurita yang dipanggil Paul, kini, Jemima Packington yang dikenali sebagai ‘Mystic Veg’ menggunakan teknik unik untuk meramal keputusan Piala Dunia menggunakan sayur asparagus.

“Saya ramal England hanya mampu mara ke suku akhir sahaja.

Jemima Packington mendapat perhatian ramai dengan bakat mistik yang dimiliki.

“Croatia akan menang, dan saya juga dapat lihat huruf B, jadi itu menunjukkan bahawa mereka akan sama ada menentang Brazil atau Belgium pada perlawanan akhir,” ujarnya tentang Piala Dunia 2022.

Jemima membuat ramalannya dengan melemparkan segenggam asparagus ke udara dan melihat cara ia mendarat.

“Saya mampu melihat abjad, simbol dan nombor, dan jika ia berkaitan dengan kerabat diraja, saya selalu melihat burung gagak.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak mahu Mane beraksi pada Piala Dunia 2022, Senegal guna khidmat ‘bomoh’

“Jika tunas di hujung asparagus jatuh, itu mungkin bermakna ia akan menjadi sesuatu yang menggembirakan, atau kesedihan yang mendalam,” katanya.

Sebelum ini, Jemima yang berasal dari Bath, United Kingdom (UK) dikatakan telah meramal tepat kematian Ratu Elizabeth II dan juga ‘Brexit’ merujuk kepada proses pengeluaran United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (EU).

Walaupun kebanyakan ramalan Jemima betul, dia juga berkata yang kadang-kadang ada juga yang tersasar.

“Ibu bapa saya tidak pernah menghalang atau menyokong saya, mereka hanya membiarkan saya mencari hala tuju kehidupan dengan sendiri,” kata Jemima tentang kebebasannya meramal masa depan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan