suria

Tragis... pemain Switzerland Karim Gazzetta bunuh diri

Gazzetta pernah dilabel sebagai pemain muda harapan Switzerland. foto 2020 RvS.Media/Monika Majer

DUNIA bola sepak dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang pemain Switzerland, Karim Gazzetta pada usia 27 tahun.

Gazzetta dilaporkan membunuh diri dengan terjun dari bangunan.

Memetik Sarajevo Times, bekas pemain skuad U20 Switzerland itu meninggal dunia di bandar Mostar, selatan ibu negara Bosnia, Sarajevo, pada pagi Isnin.

Pemain tengah itu menghabiskan sebahagian besar kariernya di negara asalnya, melalui akademi Servette.

Dia mempunyai beberapa tempoh pinjaman daripada Servette sebelum menyertai Stade Lausanne-Ouchy.

Dia kemudian menyertai Neuchatel Xamax pada 2021.

Selepas satu musim bersama Neuchatel, Gazzetta berpindah lagi, kali ini ke pasukan Bosnia HSK Zrinjski Mostar awal musim panas ini.

Servette FC, kelab pertama Gazzetta, memberi ucapan penghormatan dalam satu kenyataan.

"Keluarga Servettienne hari ini berkabung atas pemergian Karim Gazzetta.

"Ucapan takziah dan sokongan kami kepada insan tersayang dan keluarganya," menurut kenyataan itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan