suria

Cristiano Ronaldo, Messi mungkin bergandingan di Paris Saint-Germain Januari ini

Gabungan Cristiano Ronaldo dan Messi yang menjadi idaman setiap peminat bola sepak.

CRISTIANO Ronaldo baru-baru ini telah membakar hubungannya dengan Manchester United.

Kelab The Red Devils itu kini dikatakan tidak mahu lagi melihat muka Ronaldo di Old Trafford.

Dalam satu temu bual hangat bersama personaliti televisyen, Piers Morgan, Ronaldo mendedahkan Paris Saint-Germain (PSG) mungkin menjadi destinasinya pada jendela perpindahan.

Bintang Portugal itu menjawab sedemikian ketika ditanyakan oleh Piers Morgan jika Kylian Mbappe meninggalkan PSG untuk pergi ke Real Madrid, adakah perpindahan itu bakal terjadi.

"Ya, segala-galanya mungkin dalam dunia bola sepak," kata Ronaldo.

Gandingan Messi dan Ronaldo menjadi impian setiap peminat bola sepak kerana mereka adalah pemain pemecah rekod generasi ini.

Selain itu, Ronaldo juga menghujani Messi dengan pujian sebagai satu cubaan untuk mengambil hati pesaing utamanya itu.

"Menakjubkan. Seorang pemain penuh magis," kata Ronaldo untuk menggambarkan Messi di matanya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain