suria

Piala Dunia 2022 kini bermula, Qatar tuan rumah pertama kalah aksi pembukaan

Upacara pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt. foto AP

PIALA Dunia Qatar 2022 bermula dengan upacara pembukaan yang menakjubkan berlangsung di Stadium Al Bayt. Al Khor di Qatar.

Bagaimanapun, keadaan mula tidak menentu berlaku pada Ahad apabila tuan rumah tewas dalam perlawanan pembukaan mereka.

Ia menyebabkan beribu-ribu tempat duduk masih kosong dan perbalahan berterusan berhubung pelbagai isu yang timbul menjelang permulaan kejohanan 'paling kontroversi' itu.

Qatar muncul sebagai tuan rumah pertama tumpas dalam aksi pembukaan selepas tunduk 0-2 kepada Ecuador di Stadium Al Bayt.

piala dunia 2

Morgan Freeman (kiri) dan hanim al Muftah turut terlibat dalam upacara pembukaan. foto EPA

Bintang Hollywood, Morgan Freeman bersama YouTuber Qatar, Ghanim al Muftah juga terlibat dalam upacara pembukaan.

Selain itu, anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook turut membuat persembahan.

Temasyan sukan dunia itu menyaksikan sebanyak 32 pasukan berentap bermula Ahad sehingga 18 Disember. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain