suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Arab Saudi sempat tepuk bahu, beri ayat pedas kepada Lionel Messi selepas raih gol kedua

Pemain Arab Saudi, Ali Al-Bulayhi sempat berkata sesuatu kepada Lionel Messi. -foto Twitter

PEMAIN pertahanan Arab Saudi, Ali Al-Bulayhi sempat melakukan satu 'provokatif' ketika pasukannya berdepan Argentina dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia, Selasa.

Arab Saudi melakukan kejutan dengan mengalahkan Argentina 2-1 dalam perlawanan melibatkan Kumpulan C.

Memetik Sportbible, Al-Bulayhi menepuk bahu penyerang Argentina, Lionel Messi dari belakang sambil berkata 'kamu tidak akan menang' sebanyak dua kali.

Dia berkata demikian selepas Arab Saudi menjaringkan gol kedua.

Messi kelihatan kecewa tetapi akhirnya memilih untuk ketawa sedikit setelah mendengar apa yang dikatakan Al-Bulayhi.

"Saya kata kepadanya 'kamu tak akan menang, kamu tak akan menang!" ujar Al-Bulayhi menjawab pertanyaan wartawan selepas perlawanan.

Kemenangan Arab Saudi ke atas Argentina dianggap sesuatu yang bersejarah.

Jurulatih Arab Saudi Herve Renard berkata kemenangan tersebut adalah perkara gila yang boleh berlaku dalam bola sepak.

Arab Saudi yang digelar Green Falcons berjaya mengubah keputusan sekali gus mencatat kemenangan ke atas Argentina di Stadium Lusail.

Kemenangan ini meletakkan Arab Saudi di puncak Kumpulan C Piala Dunia 2022 dengan memungut tiga mata penuh.

"Ini satu tamparan hebat, kekalahan yang menyakitkan tetapi kami perlu terus yakin," kata Messi memetik France24.

"Pasukan ini tidak akan menyerah. Kami akan berusaha mengalahkan Mexico," katanya lagi.

La Pulga menilai pasukannya bermain agak terburu-buru sehingga tidak mampu meraih keputusan yang baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain