suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bawa mayat guna troli, suspek sempat tersenyum ketika jumpa penghuni apartment dalam lif... CCTV jadi petunjuk polis

Pelaku ditangkap polis selepas video CCTV berkenaan tersebar.

NGERI.

Begitulah kisahnya mengenai kes pembunuhan di sebuah apartment di Jakarta Timur, Indonesia apabila mayat si mati dibungkus dalam plastik sebelum dibuang di Jl Kalimalang, Pondok Gede, Bekasi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki sedang menolak troli memasuki sebuah lif, dipercayai membawa mayat pembunuhan itu turut tersebar sehingga tular di media sosial.

Lebih mengerikan, pelaku yang menolak troli berisi mayat kelihatan tersenyum apabila terserempak dengan seorang individu dalam lif berkenaan.

Dalam rakaman CCTV itu, kelihatan seorang lagi lelaki turut masuk untuk menggunakan lif.

Malah, kedua-kedua mereka kelihatan tidak curiga dengan lelaki berkenaan yang membawa troli berisi mayat.

Sementara itu, hasil semakan CCTV, polis kemudian menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh seorang wanita berusia 36 tahun.

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Kombes Hengki Haryadi berkata, suspek membunuh mangsa di bilik pangsapuri berkenaan.

Difahamkan, suspek membunuh mangsa kerana marah, namun punca kemarahan itu tidak didedahkan. - Medius News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain