suria

Pernah rogol budak sekolah, pesalah pedofilia umur 71 tahun mati selepas dijangkiti Covid-19 ketika di penjara

John Adam meninggal dunia pada 11 November 2021. Foto: Liverpool echo

SEORANG lelaki pedofil dipenjara gara-gara mencabul gadis berusia 10 tahun, selain merogol seorang lagi pelajar sekolah berulang kali.

John Adam telah dipenjarakan selama 14 tahun di Penjara HMP Wymott di Leyland, Lancashire yang merupakan 'sarang' penyakit.

Tertuduh telah menemui ajalnya pada usia 71 tahun selepas dijangkiti Covid-19 ketika dipenjarakan. Dia sebelum itu dimasukkan ke hospital pada 3 November 2021.

Adam dipenjarakan pada November 2019 selepas juri di Mahkamah Mahkota, Liverpool sebulat suara mendapati dia bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan empat pertuduhan serangan tidak senonoh terhadap dua mangsa ketika berusia lewat 30an.

Kedua-dua gadis itu berasal dari Newton-le-Willows, hidup dengan dibelenggu rasa takut selama bertahun-tahun tetapi akhirnya tampil membuat kenyataan pada 2017.

Nicola Daley, pendakwa, memberitahu mahkamah seorang mangsa mengalami masalah kesihatan mental yang teruk selepas penderaan itu.

Mangsa lebih muda yang hadir di mahkamah untuk melihat penderanya dipenjarakan juga bercakap tentang bagaimana ia mempengaruhi cara dia melihat tubuhnya sekarang.

Kesalahan Adam semakin banyak apabila dia mula kerap merogol gadis bawah umur, tetapi mangsa fikir bahawa tiada sesiapa akan mempercayainya.

Laporan mendedahkan bahawa Adam mempunyai beberapa masalah kesihatan yang serius dan berlarutan yang menyebabkannya berisiko tinggi terkena jangkitan.

Laporanjuga mendapati Adam memang menerima dua dos vaksin Covid-19 pertamanya, tetapi masih menunggu untuk menerima suntikan penggalak apabila dia tidak sihat.

Penjara HMP Wymott, tempat dia dipindahkan pada ketika ini, telah diisytiharkan sebagai 'sarang' wabak Covid pada 25 Oktober 2021, dan enam hari kemudian Adam dilaporkan berasa tidak sihat sebelum meninggal dunia. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain