suria

Bekas PM Jepun, Shinzo Abe ditembak sewaktu berucap

Bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe. Foto: Yoshio Tsunoda/AFLO/REX/Shutterstock.

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak ketika menyampaikan ucapan di bandar Nara pada Jumaat.

Menurut NHK, Abe rebah ke lantai dan berlumuran darah pada bahagian dada setelah ditembak dari belakang dengan senapang patah.

Seorang saksi serangan memberitahu penyiar bahawa tembakan pertama menyebabkan Abe tersadung ke belakang, sambil menambah dia terjatuh ke lantai selepas tembakan kedua.

Jelasnya lagi, seorang suspek yang berjaya ditahan oleh polis merupakan seorang lelaki berusia 40an, Tetsuya Yamagami namun tiada sebarang butiran lanjut diberikan.

Abe telah dibawa ke hospital, tambah laporan itu.

Abe merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di negara itu dan telah meletakkan jawatan pada 2020. - The Guardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain