suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi baru lahir dibuang selamat dalam jagaan sekumpulan anak anjing

Seorang bayi baru lahir (kanan) selamat dalam jagaan sekumpulan anak anjing. foto Tahir Ibn Manzoor / SWNS

SEORANG bayi baru lahir yang ditinggalkan 'diselamatkan' oleh sekumpulan anak anjing dengan berpelukan secara dekat bagi memastikan anak kecil itu tidak berasa sejuk semalaman.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan pada waktu malam tanpa sebarang pakaian.

Dilaporkan, bayi itu ditemui oleh seekor anjing liar, yang memeluknya bersama anak-anak anjingnya sepanjang malam di wilayah Chattisgarh, India.

"Mungkin kehangatan daripada anak anjing dan ibu haiwan itu sendiri telah memelihara bayi yang baru lahir ini," kata seorang penduduk tempatan.

"Kebiasaannya, suhu begitu sejuk pada waktu malam dan kini sudah pun bulan Disember (musim sejuk). Saya perlu kata anak ini bernasib baik," tambahnya.

Ditemui bersebelahan dengan sekumpulan anak anjing, bayi baru lahir itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bayi berkenaan ditemui selepas penduduk tempatan mendengar tangisannya.

Mereka kemudian memaklumkan perkara itu kepada badan kerajaan tempatan yang kemudian menghubungi polis. - Mirror UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain