suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar pediatrik tersilap suntik bayi 7 bulan dengan vaksin Covid-19

Seorang doktor tersilap suntik bayi dengan vaksin Covid-19

SEORANG bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin Covid-19, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Menurut laporan media,seorang pakar pediatrik di Seongnam, di selatan Seoul, pada 29 September lalu tersilap memberi suntikan vaksin jenis Moderna kepada bayi berkenaan.

Vaksin itu sepatutnya diberikan kepada ibu bayi terbabit.

Bayi itu dirawat di hospital berhampiran selama lima hari tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan.

Ibu bapa bayi itu dilaporkan telah memfailkan saman dan menuntut pampasan. - Berita media corp

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

vaksin, bayi, moderna, tersilap, selesema

Artikel Lain