suria

Isteri tegas tak mahu bersolek, suami kecewa gambar perkahwinan ‘kurang berseri’

Seorang suami meluahkan rasa kecewa kerana keengganan isterinya memakai solekan menyebabkan gambar perkahwinan mereka kurang sempurna. Gambar hiasan

BAGI sesetengah orang, mengenakan solekan pada wajah merupakan satu pilihan namun ia menjadi 'wajib' apabila meraikan majlis penting.

Tetapi berlainan pula halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini menerusi laman Reddit.

"Kami telah bersama selama lima tahun, berkahwin selama lebih dari dua tahun. Satu masalah yang timbul sepanjang hubungan kami adalah keengganannya untuk memakai solekan.

"Saya rasa dia cantik tanpa solekan, tetapi ada kalanya ada masa di mana dia perlu memakai solekan, namun dia menolak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebagai contoh, dia tidak memakai solekan pada hari perkahwinan kami. Kedua ibu kami cuba meyakinkannya, tetapi dia tegas enggan mengenakan solekan.

"Mereka cuba meyakinkannya dengan memberitahu gambar perkahwinan pasti akan kelihatan tak sempurna... dan memang betul, gambar-gambar itu agak tidak cantik. Kelihatan kantung di bawah matanya dan saya fikir lebih bagus jika dia memakai solekan untuk menutupinya," demikian antara luahan lelaki tersebut.

Ujarnya lagi, perkara tersebut menjadi antara topik yang mencetuskan masalah setiap kali ia dibangkitkan.

Kata lelaki tersebut, isterinya merasakan memakai alat solek adalah adalah satu pembaziran dan wanita itu selesa dengan wajah semula jadinya. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain