suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aneh! Individu jadikan lintah haiwan peliharaan, beli 4 ekor dengan harga hampir RM5,000

Individu berkenaan menyifatkan lintah peliharaannya mempunyai karakter tersendiri. Foto:

LAZIMNNYA, kebanyakan orang memilih haiwan yang jinak untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Tidak kurang ada juga yang gemar memelihara haiwan eksotik atau unik bergantung kepada minat dan cita rasa masing-masing.

Namun pernahkah anda terfikir di mana ada individu yang 'memelihara' haiwan penghisap darah seperti lintah?

Pemilik lintah yang enggan dikenali berkata dia memiliki empat ekor dan memberi haiwan tersebut menghidap darahnya sendiri sebagai makanan.

Enggan mendedahkan identiti, pemilik tersebut berkata dia membeli empat ekor lintah dengan harga $300 (RM1,243) setiap seekor.

Dia mendakwa lintah berkenaan merupakan haiwan peliharaan yang hebat, malah masing-masing mempunyai karakter tersendiri.

"Mereka makhluk luar biasa dan merupakan haiwan peliharaan yang menakjubkan.

"Ada yang lebih suka 'makan' lebih kerap daripada yang lain! Tetapi setelah kenyang, mereka akan diam dan berehat," kata pemilik haiwan itu.

Dia dalam pada itu mengakui pada permulaannya gigitan haiwan tersebut di kulit sedikit sakit. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain