suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurusolek berusia 19 tahun dibunuh kejam! Tubuh dikerat, kepala dipenggal dan dididihkan dalam periuk

Ayazhan menjadi mangsa pembunuhan kejam malah disyaki dirogol sebelum dibunuh. Foto: Newsflash

SEORANG gadis berusia 19 tahun menjadi mangsa pembunuhan kejam di Almaty, Kazakhstan.

Mayat Ayazhan Edilova yang juga seorang jurusolek dipotong kepada beberapa bahagian dengan kepalanya dipenggal dan dididihkan dalam periuk.

Sementara itu beberapa bahagian tubuhnya ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah flat yang didiami suspek.

Turut ditemui di dalam flat berkenaan adalah bahagian tubuh mangsa kedua, di mana ia menjurus kepada kemungkinan suspek merupakan seorang pembunuh bersiri.

Polis mengesyaki Ayazhan mungkin telah diperkosa sebelum dia dibunuh.

Rakaman CCTV dari tempat kejadian menunjukkan Ayazhan memasuki lif dengan suspek secara sukarela.

Susulan kes jenayah kejam berkenaan, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 28 tahun dengan nama pertama Ruslan, yang merupakan seorang pelatih ahli farmasi. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain