suria

Penghantar makanan menangis di TikTok, rayu pelanggan beri tip

Video yang dirakamkan Riley Elliot tular di media sosial. foto livefreestudios/TIKTOK

SEORANG penghantar makanan menangis kerana kehilangan tempat tinggal, merayu pelanggan untuk memberikan tip.

Rayuan itu dibuat menerusi video TikTok yang penuh beremosi.

Rakaman yang dimuat naik pada minggu lalu oleh seorang warga Amerika Syarikat, Riley Elliot, menjadi tular di media sosial dan dia kini mempunyai lebih 17,000 pengikut.

Menerusi video tersebut, Elliot duduk dalam keretanya dan jelas tertekan setelah menyelesaikan tugasan menghantar makanan.

"Saya berharap orang yang membuat pesanan memahami apa rasanya menjadi pemandu," katanya.

Sambil menangis, dia menjelaskan bahawa hanya dibayar sebanyak AS$$2.50 (RM10.10) untuk tugasan selama 45 minit.

Elliot berkata, pemandu sepertinya berhadapan dengan risiko apabila melakukan tugasan itu ketika pandemik.

Setakat ini, video penuh beremosi itu meraih lebih 3.4 juta tontonan di laman Twitter. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain