suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemburu wanita bangga kongsi gambar pegang jantung zirafah, dapat ganjaran lebih RM8,000 daripada suami

Pemburu wanita itu bangga memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang memegang jantung haiwan berkenaan.

SEORANG lelaki memberi ganjaran sebanyak £1,500 (RM8,540) kepada isterinya untuk membunuh seekor zirafah tua dan mengeluarkan jantungnya sempena Hari Valentine.

Merelize Van Der Merwe, 32, memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang memegang jantung haiwan berkenaan.

"Pernah terfikir seberapa besar jantung zirafah? Saya benar-benar terawang-awang dengan hadiah Valentine saya!" tulisnya pada perkongsian tersebut.

Perkongsian itu menimbulkan kemarahan aktivis tetapi wanita tersebut mendakwa pemburuan yang berterusan membantu melestarikan hidupan liar di Afrika Selatan, mencipta peluang pekerjaan dan menyumbang kepada industri pelancongan.

Dia turut menggelarkan kumpulan hak haiwan sebagai 'mafia'.

Van Der Merwe, yang mengusahakan ladang sitrus di utara Afrika Selatan mendakwa kematian zirafah yang berusia 17 tahun itu akan memberi peluang kepada seekor zirafah jantan baru untuk 'mengambil alih dan memberikan genetik kuat baharu bagi komuniti itu'. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain