suria

Lahir sebesar tapak tangan, berat 500 gram... bayi ini akhirnya dibenarkan pulang selepas 4 bulan ‘ditahan’ di hospital

Sofia akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih empat bulan ditempatkan di hospital. Foto: NHS Lanarkshire / SWNS.COM

SEORANG bayi pramatang yang dilahirkan sebesar saiz tapak tangan, akhirnya dibenarkan pulang selepas lebih empat bulan ditempatkan di wad hospital.

Sofia Viktoria Birina hanya mempunyai berat sekitar 1.1lb (0.5 kilogram) ketika dia dilahirkan pada usia 22 minggu.

Bayi berkenaan yang dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu, diramal mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup sewaktu dilahirkan dan peluang untuknya terus bertahan selepas dilahirkan juga sangat tipis.

Bagaimanapun siapa yang menyangka, Sofia menjadi salah seorang bayi pramatang termuda yang masih hidup di United Kingdom.

Sofia dibenarkan keluar hospital pada 10 Februari lalu.

"Semuanya baik-baik saja ketika kandungan berusia 20 minggu. Namun lebih seminggu kemudian, saya merasa sakit sehingga dikejarkan ke hospital dan diberitahu bahawa sudah ada 'bukaan' dan terpaksa bersalin.

"Selama 10 hari direhatkan, puteri kesayangan kami Sofia pun hadir. Dia lahir ke dunia dengan jeritan dan tangisan yang kuat.

"Kami tidak menyangka dia akan bertahan tetapi di situlah perjalanan kami bermula," cerita ibu bayi berkenaan, Egija Birina, ketika mengimbas kembali saat kelahiran anak perempuannya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain