suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan tempah makanan terima sebotol air kencing, restoran tampil mohon maaf

Selepas tweet itu tular, restoran itu tampil membuat permohonan maaf kepada pelanggan berkenaan.

SEORANG lelaki di United Kingdom (UK) terkejut apabila tempahan makanan yang diterima turut mengandungi sebotol air kencing.

Menurut Oliver McManus, dia pada mulanya keliru dengan botol berisi cecair kuning itu.

Selepas membuka penutup botol, dia terhidu bau air kencing sebelum membuat aduan mengenai apa yang berlaku menerusi Twitter.

Selepas tweet itu tular, restoran itu tampil membuat permohonan maaf kepada pelanggan berkenaan.

"Kami bagaikan tiada kata-kata bagaimana untuk mengungkapkan hal ini dan menzahirkan rasa maaf atas apa yang berlaku.

"Tolong mesej kepada kami untuk kita selesaikan apa yang berlaku," respon pengendali laman Twitter rasmi restoran itu.

Malah, jurucakap restoran sekali lagi tampil membuat permohonan maaf atas kejadian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain