suria

Dua wanita muda kantoi menyamar jadi ‘nenek’ untuk dapat suntikan vaksin Covid-19

Salah seorang wanita yang ditahan polis (berbaju merah) kerana menyamar seperti seorang nenek. Foto: Orange County Government

CUBAAN dua wanita yang menyamar menjadi 'nenek' untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lebih awal, gagal selepas taktik mereka terbongkar.

Dilaporkan, dua wanita berkenaan berjaya 'bolos' sewaktu mendapatkan suntikan dos pertama sebelum ini, justeru mereka melakukan taktik yang sama untuk dos seterusnya.

Mereka yang tidak didedahkan nama dan berasal dari Orlando, Florida itu kemudiannya ditahan polis.

Kedua-dua wanita itu sebenarnya masing-masing berumur 34 dan 44 tahun, dan di bawah garis panduan Amerika Syarikat (AS), pada ketika ini hanya rakyat berusia 65 tahun ke atas, pekerja kesihatan dan kakitangan penjagaan kemudahan sahaja yang layak mendapat suntikan vaksin.

Kini para pegawai sedang berusaha untuk mengetahui bagaimana dua wanita itu berjaya mendapatkan suntikan pertama mereka.

"Kami menyedari dua wanita muda berpakaian sebagai nenek untuk mendapat vaksin untuk kali kedua," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Florida, Dr Raul Pino.

Dr Pino mengatakan ini bukan pertama kalinya seseorang berpura-pura menyamar seperti orang tua untuk mendapatkan vaksin. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain