suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengorbanan budak 10 tahun, sanggup kutip sampah lepas balik sekolah demi sara keluarga

2020 menjadi tahun yang mencabar buat dia sekeluarga apabila mereka terjejas gara-gara kehadiran pandemik Covid-19.

KISAH seorang budak lelaki berusia 10 tahun di India yang bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara keluarga ternyata menyentuh hati ramai.

Hampir setiap hari, Imradul Ali bergegas pulang dari sekolah, menukar pakaian dan terus melakukan kerja itu.

Sambil membawa sebuah bag, dia kelihatan tekun mengutip sampah demi mencari sedikit wang untuk menampung belanja keluarganya.

Apa sahaja yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, botol kaca dan sebagainya akan dijual kanak-kanak itu.

Selain Ali, ibu bapa serta abangnya turut melakukan pekerjaan serupa.

Kata Ali, dia mula bekerja sekitar setahun yang lalu bagi menambah lagi pendapatan keluarganya.

Malah, tahun 2020 menjadi tahun yang mencabar buat dia sekeluarga apabila mereka terjejas teruk gara-gara kehadiran pandemik Covid-19. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain