suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntut keadilan, kumpulan wanita berbogel dalam plastik ketika protes jalanan

Sewaktu protes, kumpulan itu hadir dengan slogan: "Untuk Ursula, untuk semua orang."

SEKUMPULAN wanita di Buenos Aires, Argentina, sanggup berbogel sambil membalut tubuh mereka dengan plastik bagi menuntut keadilan atas kematian seorang gadis di negara itu.

Ursula Bahilo, 18, dilaporkan meninggal dunia kerana keganasan jantina awal bulan ini sehingga mencetuskan protes jalanan itu.

Ia dianjurkan oleh kumpulan hak asasi wanita Ni Una Menos (Not Ones Less) bagi menuntut perubahan dalam undang-undang.

Sewaktu protes, kumpulan itu hadir dengan slogan: "Untuk Ursula, untuk semua orang."

Untuk rekod, Ursula dilaporkan dibunuh oleh bekas teman lelakinya, seorang bekas anggota polis, Matias Ezequiel Martines pada 8 Februari lalu.

Tubuh mangsa ditemui dengan 15 kesan tikaman. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain