suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru hidap asma maut dijangkiti Covid-19, keluarga salahkan sekolah kerana enggan benarkannya bekerja dari rumah

Karen Johnson meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 pada 11 Februari lalu. Foto: WMC5

SEORANG guru wanita maut akibat dijangkiti virus Covid-19, selepas sekolah tempatnya mengajar enggan membenarkannya bekerja dari rumah.

Karen Johnson, 57, meninggal dunia pada 11 Februari baru-baru ini.

Keluarganya mendakwa mendiang semestinya masih hidup jika dia tidak 'dipaksa bekerja' di sekolahnya di New Rochelle, New York.

Johnson dalam masa yang sama berdepan dengan masalah obesiti dan asma.

Salah seorang anaknya, Robert Johnson Jr, menyalahkan Sekolah Menengah Albert Leonard di mana ibunya bekerja di atas kematian wanita itu, lapor media tempatan.

Apa yang menimbulkan kemarahan keluarga berkenaan adalah sekolah tersebut menolak permohonon Johnson untuk bekerja dari rumah meskipun dia mendapat pengesahan surat daripada doktor mengenai tahap kesihatannya.

Suami Johnson, Robert Johnson Sr, berkata: "Kami kehilangan seorang wanita hebat. Saya sangat sayangkan isteri saya. Dia sangat penyayang".

Johnson bekerja di sekolah tersebut sebagai guru pendidikan khas selama lebih dari dua dekad. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain