suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diikat, dipaku... wanita terkejut jumpa patung-patung misteri dalam hutan

Antara patung yang ditemui wanita itu pada 28 Januari lalu.

SEORANG wanita yang sedang berjalan-jalan di dalam hutan terkejut melihat beberapa patung yang dipaku pada pokok.

Menurut wanita berusia 64 tahun itu, dia yang juga pengamal teater sudah terbiasa berjalan-jalan di hutan yang terletak di Cannock Chase, Staffordshire itu.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka kehadirannya ke lokasi itu pada 28 Januari lalu akan disambut dengan patung-patung yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Malah, dia turut membuat rakaman yang mana ia kelihatan persis filem seram.

Sesetengah patung itu juga mempunyai mimik muka yang menakutkan.

"Patung-patung itu seolah-olah sengaja disusun, ia diikat dan dipaku pada pokok.

"Ia tidaklah menakutkan apabila saya berdiri antara patung-patung itu," ujarnya.

Difahamkan, lokasi penemuan patung itu juga berdekatan dengan sebuah hospital perang lama. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain