suria

Cubaan selamatkan kucing gagal, lelaki terperangkap atas pokok

Anggota bomba menyelamatkan lelaki yang terperangkap di atas pokok. foto RSPCA

SEORANG lelaki terpaksa diselamatkan dari sebatang pokok setelah memanjatnya untuk menyelamatkan seekor kucing peliharaan yang terperangkap.

Namun sebaliknya, kucing tersebut dapat turun dari pokok dengan sendirinya.

Dalam kejadian di Rochdale, Greater Manchester di United Kingdom pada Isnin, haiwan itu terperangkap setinggi 10 meter di atas pokok.

Pihak berkuasa menerima panggilan berhubung kejadian seorang penduduk menghubungi sebuah badan pelindung haiwan, RSPCA.

Seorang wanita memberitahu kucing tersebut berada di tamannya, sambil mengatakan dia percaya haiwan itu berada di sana selama lima hari.

Penyelamat haiwan Stephen Wickham dalam perjalanan untuk membantu haiwan yang terperangkap, namun dimaklumkan pasukan bomba sudah berada di lokasi kejadian.

Kedatangan pasukan bomba bagi menyelamatkan pemilik kucing itu yang terperangkap di pokok yang sama apabila cubaannya untuk menyelamatkan haiwan peliharaannya gagal. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain