suria

China perkenal ujian swab dubur untuk kekang penularan Covid-19

Bagaimanapun keberkesanan ujian swab dubur telah mendapat kritikan daripada beberapa pakar. Gambar hiasan

CHINA kini memperkenalkan ujian swab dubur (anal swab) untuk mengekang penyebaran virus Covid-19 di ibu kotanya, Beijing, demikian menurut stesen televisyen tempatan.

Ini susulan berlakunya penularan tempatan sehingga memaksa pihak kerajaan mengetatkan kawalan di kebanyakan bandar utama.

Dan kini kerajaan melancarkan projek ujian secara besar-besaran, namun dengan sedikit kelainan.

Sebelum ini, ujian dilakukan dengan memasukkan batang swab ke dalam hidung dan tekak.

Tetapi ujian pantas ini dilakukan dengan batang swab dimasukkan sekitar dua hingga tiga sentimeter ke dalam rektum dan dipusingkan beberapa kali di mana ia memakan masa sekitar 10 saat.

Li Tongzeng, seorang doktor kanan dari hospital Youan di Beijing, mengatakan kaedah calitan dubur 'dapat meningkatkan kadar pengesanan orang yang dijangkiti' virus berkenaan.

Ujarnya, ini kerana kesan virus kekal lebih lama di dubur berbanding di saluran pernafasan.

Namun, keberkesanan ujian swab dubur telah mendapat kritikan daripada beberapa pakar. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ujian swab dubur, China, Covid-19

Artikel Berkaitan

Artikel Lain