suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh sebagai punca gempa bumi, wanita ‘ikan paus’ berjaya kuruskan badan... haters terkejut

Pada tahun 2017, dia terbang ke Mexico dan menjalani satu pembedahan bagi menguruskan badan.

SEWAKTU zaman persekolahannya, wanita ini pernah digelar sebagai ikan paus kerana bentuk badannya yang gemuk.

Jackie Campbell, 22, dari Texas, Amerika Syarikat turut dihina dengan pelbagai kata-kata termasuklah yang mendakwa dia sebagai punca berlakunya gempa bumi.

Sewaktu berusia 18 tahun, dia akhirnya mendapat keberanian untuk mengubah dirinya dan melakukan transformasi luar biasa.

Pada tahun 2017, dia terbang ke Mexico dan menjalani satu pembedahan bagi menguruskan badan.

Perubahan 360 darjah itu menyebabkan ada individu yang pernah menghinanya tiba-tiba mahu mendekat dan bercinta dengannya.

Malah, ramai rakan sekolahnya yang sering membuli turut terkejut akan perubahan itu.

"Sepanjang hidup saya menderita dengan masalah berat badan. Ada orang pernah cakap bahawa saya akan cantik kalau menjadi kurus.

"Ia tentunya memberi kesan, tapi saya anggap ia sebagai kritikan terbesar untuk saya mengubah diri," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain